AGENSISELANGOR

Bayar fidyah di Mais, Zakat Selangor

SHAH ALAM, 15 FEB: Umat Islam boleh membuat bayaran fidyah menerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sektor Baitulmal Mais memaklumkan wang bayaran tersebut yang disalurkan kepada dua agensi Kerajaan Negeri itu akan dimasukkan ke Akaun Amanah Harta Baitulmal sebelum diagih kepada fakir miskin.

“Kadar fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa dan jumlah bayaran bagi satu hari puasa ditinggalkan bersamaan RM1.80.

“Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php untuk Mais dan https://fpx.zakatselangor.com.my/v2/ bagi LZS,” kata agensi itu.

Baitulmal Mais menjelaskan fidyah adalah bayaran denda dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa ketika Ramadan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.

“Hukum membuat bayaran itu adalah wajb, antara sebab dikenakan ialah tidak dapat berpuasa kerana tua, sakit kronik, hamil, menyusukan anak dan terlambat menggantikan puasa,” katanya.


Pengarang :