Dato’ Seri Amirudin Shari melawat pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 19 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Selangor ketepi politik, kerjasama demi kesihatan awam

SHAH ALAM, 8 FEB: Kerajaan Selangor tidak mencampurkan aspek politik dalam usaha mengekang penularan Covid-19 demi kesihatan awam.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya mempunyai pandangan tersendiri pada masa tertentu, namun tidak pernah menyalahkan langkah diambil kerajaan.

“Sebagai contoh, ketika pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang, seluruh kekuatan SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) bantu sepenuhnya.

“Dalam pertemuan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan perdana menteri kita maklumkan bantuan bas ke pusat kuarantin itu. Kita tak mahu ada anggapan buruk pada Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program bual bicara di Facebook malam tadi.

Menurutnya, hasrat Kerajaan Selangor untuk membeli vaksin mendapat kritikan pihak tertentu meskipun keputusan dibuat demi keselamatan masyarakat.

“Bukan nak jadi hero tapi Selangor buat perkara yang betul. Kita tidak mahu bebankan kerajaan persekutuan malah kita utamakan kebajikan rakyat,” kata Amirudin.

Januari lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan cadangan membeli tiga hingga lima juta dos vaksin bagi kegunaan penduduk dan pekerja asing negeri ini.

Kerajaan Negeri turut menyediakan 10 Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin selain bersedia menambah bilangan Pusat Penilaian Covid-19 di daerah berisiko tinggi.


Pengarang :