Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes keseluruhan Covid-19 lepasi angka 300,000

SHAH ALAM, 28 FEB: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 3,251 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 273,417, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 naik sedikit apabila 2,437 kes direkodkan hari ini berbanding 2,364 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 300,752 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 26,205 kes.

“Sebanyak sembilan kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,130,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 202 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 93 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

 

 


Pengarang :