Petugas Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama, Kuala Langat pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Lebih 600 daripada 1,228 kes di Selangor hasil saringan kontak rapat

SHAH ALAM, 5 FEB: Jangkitan Covid-19 di Selangor mencatatkan penurunan kepada 1,228 kes hari ini berbanding 2,056 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, 651 kes berpunca dari saringan kontak rapat manakala 165 kes dari kluster sedia ada dan lima kluster baharu.

“Sementara itu dua kes mendapat jangkitan dari luar negara dan 410 kes lagi daripada lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau turut memaklumkan negeri ini mencatatkan tiga kematian membabitkan dua lelaki berusia 53 dan 57 tahun serta seorang wanita 78 tahun.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan sebanyak 3,798 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 70,932.

Katanya, sehingga kini sebanyak 180 kematian dilaporkan manakala terdapat 4,185 kes aktif.

 


Pengarang :