Penduduk Kampung Tebakang Dayak dekat Serian Sarawak cuba mengalihkan kenderaan pacuan empat roda selepas Kampung itu dilanda banjir pada 4 Februari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir meningkat 985, 18 PPS dibuka di Sarawak

KUCHING, 5 FEB: Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lepas terus meningkat kepada 985 orang pagi ini berbanding 577 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharunya memaklumkan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) banjir juga menyaksikan peningkatan kepada 18 berbanding hanya 10 semalam.

JPBN memaklumkan satu PPS dibuka di daerah Tatau, empat di Simunjan, dua di Samarahan dan 11 di Serian.

Buat masa ini, daerah Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching masih menjadi kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan 710 mangsa dari kawasan itu direkodkan setakat ini.

– BERNAMA


Pengarang :