Selain polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga turut bersama bertugas pada sekatan jalan raya sekitar kawasan Jalan Bukit Bintang bagi memantau pergerakan orang ramai susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan pada 15 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor antara empat negeri kekal PKP hingga 4 Mac

SHAH ALAM, 16 FEB: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadual tamat pada Khamis ini dilanjutkan sehingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksana di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Putrajaya dan Labuan.

“Manakala, Perlis pula satu-satunya negeri dalam fasa PKP Pemulihan (PKPP). Kes banyak menurun bermula minggu kelima tahun 2021 iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP.

“Kes import juga menurun tetapi kes masih kekal tinggi di beberapa negeri, justeru kita melaksana PKP, PKPB dan PKPP di beberapa negeri selama dua minggu,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan semula PKP bermula 4 Februari lalu berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 dan kewujudan kluster baharu.


Pengarang :