Petugas kesihatan membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Seroja Seksyen 27, Shah Alam pada 14 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam zon kuning, dua daerah catat kes bawah 10

SHAH ALAM, 25 MAC: Sabak Bernam menjadi daerah tunggal di Selangor yang tidak merekodkan kes baharu Covid-19 semalam sekali gus bertukar kepada zon kuning.

Dua daerah mencatat kes bawah 10 iaitu Kuala Selangor dengan sembilan kes manakala tujuh kes di Kuala Langat, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Menurut agensi, Petaling menyumbang angka tertinggi iaitu 120 kes membabitkan mukim Petaling (42), Sungai Buloh (38), Damansara (33) dan Bukit Raja (tujuh), majoriti hasil saringan kontak rapat.

“Sepang pula mencatat 118 kes diikuti Klang (97), Hulu Langat (94), Gombak (25) dan Hulu Selangor (20),” katanya di Facebook.

Selangor merekodkan sebanyak 490 kes baharu Covid-19 semalam dan 412 kes sembuh.

Keseluruhannya, seramai 110,996 pesakit di negeri itu pulih berbanding 113,424 kes yang dilaporkan sejak pandemik menular.


Pengarang :