Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) selesai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dos kedua di Hospital Shah Alam pada 18 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hampir semua wakil rakyat Selangor disuntik dos pertama vaksin

SHAH ALAM, 18 MAC: Hampir semua Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ahli parlimen di Selangor selesai menerima suntikan dos pertama vaksin.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata suntikan dibuat di pejabat kesihatan daerah (PKD) dan hospital secara berperingkat melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Mereka mula menerima suntikan seminggu selepas saya disuntik dan masing-masing bergerak mengikut daerah. Jadi, ketika ini kebanyakan mereka menunggu untuk mendapat suntikan dos kedua dalam tempoh tiga minggu,” katanya.

Amirudin antara 42 orang termasuk EXCO Kerajaan Negeri dan anggota Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor yang menerima suntikan dos kedua di Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga menjelaskan seramai 45,000 daripada 66,690 petugas hadapan termasuk anggota pasukan keselamatan telah disuntik dos pertama setakat hari ini.

“Walaupun pada peringkat awal kelihatan agak perlahan tetapi prosesnya sangat tinggi  (semakin cepat) dan saya percaya dengan kepantasan ini, fasa pertama akan selesai menjelang April nanti,” katanya.


Pengarang :