Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Taman Sri Ukay, Ampang pada 7 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KEADILAN Selangor harus kukuhkan cabang, elak sengketa

AMPANG, 8 MAC: Pemimpin KEADILAN Selangor perlu mengukuhkan cabang masing-masing bukan memikirkan calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Majlis Pimpinannya Dato’ Seri Amirudin Shari juga meminta semua pihak tidak menghabiskan masa dengan sengketa dan adu domba sebaliknya menjunjung amanah dan mandat rakyat.

“KEADILAN Selangor diuji apabila tiga pemimpin utama kita keluar parti. Kita kehilangan timbalan presiden, ketua wanita pusat dan ketua wanita negeri.

“Namun, prinsip perjuangan dan agenda reformasi jadi kunci keteguhan kita. Alhamdulillah meskipun mereka pergi namun tiada cawangan di Selangor dibubar,” katanya ketika merasmikan bilik gerakan utama Parlimen Ampang di Santai@ Ampang Point di sini, semalam.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya yakin Selangor kekal di bawah PAKATAN pada PRU15 berdasarkan prestasi Kerajaan Negeri yang konsisten sejak mentadbir pada 2008.


Pengarang :