Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti Bersasar secara percuma di Dataran Otomobil , Shah Alam pada 7 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN
AGENSISELANGOR

Kes baharu Covid-19 di Selangor turun kepada 464

SHAH ALAM, 9 MAC: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 464 kes berbanding 726 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 368 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif di lapangan.

“Manakala, 96 kes lagi dikesan daripada lain-lain saringan wabak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya terdapat satu kluster baharu di negeri itu iaitu Kluster Lorong Kilang yang berpunca jangkitan di tempat kerja.

“Sebanyak empat kematian dilaporkan di Selangor membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 51 hingga 66 tahun,” katanya.

Sementara itu, Malaysia merekodkan kes sembuh lebih tinggi berbanding kes baharu apabila seramai 2,345 pesakit pulih manakala 1,280 dijangkiti.


Pengarang :