Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 rekod bawah 2,000

SHAH ALAM, 1 MAC: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 2,486 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 275,903, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 turun apabila 1,828 kes direkodkan hari ini berbanding 2,437 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 302,580 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 25,542 kes.

“Sebanyak lima kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,135,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 198 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 90 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :