Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bantuan kewangan bagi menaik taraf tahfiz seluruh Selangor.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais salur bantuan kewangan, bantu 411 tahfiz

KUALA LANGAT, 14 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menghulurkan sumbangan RM100,000 kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) baru-baru ini.

Setiausaha Mais berkata bantuan itu bagi menaik taraf kira-kira 411 tahfiz seluruh Selangor.

“Kita harap sumbangan ini dapat membantu tahfiz dalam menyediakan kemudahan pembelajaran sempurna buat pelajar.

“Mais akan terus membantu institusi Islam di negeri ini dari semasa ke semasa,” kata Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serahan bantuan kepada Orang Asal di Surau Al-Hidayah, Taman Desa Kemandol, Jenjarom di sini semalam.

Pada majlis itu Mais membantu kira-kira 716 Orang Asal yang terkesan susulan Covid-19 dengan peruntukan sejumlah RM71,600.


Pengarang :