Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Petaling kekal tinggi kes positif Covid-19

SHAH ALAM, 25 MAC: Petaling kekal menjadi daerah tertinggi kes positif Covid-19 dengan catatan 87 kes menurun berbanding 120 semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan jumlah itu majoriti berpunca daripada saringan kontak rapat dan saringan di tempat kerja.

“Kuala Langat pula daerah kedua tertinggi dengan 84 kes diikuti Klang dan Hulu Langat (58), Sepang (28) serta Gombak (25).

“Manakala, tiga daerah lagi mencatatkan kes bawah 15 iaitu Kuala Selangor (13), Hulu Selangor (dua) dan Sabak Bernam (satu),” katanya di Facebook.

Selangor merekodkan sebanyak 356 kes baharu Covid-19 hari ini dan 455 kes sembuh.

Keseluruhannya, seramai 111,451 pesakit di negeri itu pulih berbanding 113,780 kes yang dilaporkan sejak wabak menular.


Pengarang :