Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa mengedarkan pelitup muka dan edisi terbaharu akhbar SelangorKini di pasar pagi Kampung Dato’ Mufti Shuib, Ampang pada 6 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Santuni rakyat, MB jelajah Parlimen Kuala Langat esok

SHAH ALAM, 20 MAC: Program Jelajah Kita Selangor oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual berlangsung esok di sekitar Parlimen Kuala Langat.

Jelajah seawal jam 7.30 pagi dimulakan dengan agihan kit pembasmi kuman sekitar Pasar Awam Banting disusuli lawatan ke Masjid Diraja Sultan Ala’eddin, Kampung Bandar.

Turut dilawati Jeti Kelanang untuk bertemu nelayan, Kampung Tongkah Morib, penyampaian sumbangan masjid di Telok Datok dan ziarah prihatin sekitar Jenjarom.

“Pelbagai program diatur untuk menyantuni rakyat. Jumpa di sana!” tulis Amirudin di Facebook.

Beliau turut dijadual menyerahkan bakul makanan di Kampung Manikavasagam, Pulau Carey dan program bersama belia di Padang Awam Kampung Sijangkang.

Pada 6 Mac, Amirudin memulakan jelajah siri pertama di DUN Lembah Jaya diikuti DUN Bukit Antarabangsa pada keesokannya.

Program sama turut berlangsung pada 14 Mac membabitkan Parlimen Shah Alam mengikut tatacara operasi piawaian (SOP) ketat.

Foto Facebook Amirudin Shari

Pengarang :