Suasana di sekitar Plaza Hentian Kajang kelihatan lengang berikutan arahan PKPD berkuatkuasa semalam sehingga 10 November ketika tinjauan pada 28 Okt 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Hulu Langat kembali rekod kes Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 21 MAC: Hulu Langat kembali merekodkan kes Covid-19 tertinggi semalam dengan 171 jangkitan, majoriti dikesan hasil saringan kontak rapat.

Sebanyak 60 kes dicatat di mukim Kajang, Ampang (29), Cheras (28), Hulu Langat (17), Semenyih (sembilan), Beranang (empat) dan baki kes penjara, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

“Kuala Langat pada kedudukan kedua dengan catatan 153 kes iaitu 136 kes di mukim Tanjung 12 (1), Telok Panglima Garang (10), Tanjung 12 (2) (enam) dan satu kes di mukim Morib.

“Sebanyak 113 kes direkodkan di Klang, Petaling (70), Sepang (66), Gombak (54), Kuala Selangor (19) dan Hulu Selangor (lima) manakala tiada kes di Sabak Bernam,” katanya di Facebook.

Selangor merekodkan sebanyak 652 kes baharu Covid-19 semalam, meningkat hampir dua kali berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan 111,550.

Sebanyak 425 kes sembuh menjadikan bilangan pesakit pulih seramai 109,129 orang.


Pengarang :