Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) meninjau masalah mendapan tanah di kawasan parkir Pangsapuri Indah Ria, Seksyen 22, Shah Alam pada 14 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor tanggung kos baik pulih tanah mendap Pangsapuri Indah Ria

SHAH ALAM, 15 MAC: Kerajaan Negeri bersedia menampung kos untuk membaik pulih tanah mendap di Pangsapuri Indah Ria, Seksyen 22 di sini berjumlah RM17 juta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk melihat keadaan itu dan membuat tindakan susulan.

“Kerajaan Negeri beri komitmen membantu dan kita sasar masalah ini akan selesai antara satu hingga dua tahun akan datang,” katanya selepas meninjau sekitar pangsapuri itu semalam.

Keretakan pangsapuri 15 tingkat terbabit dikesan berlaku di kawasan parkir sebulan selepas penduduk menerima kunci rumah sekitar Februari 2009.

Struktur bawah bangunan juga semakin teruk berikutan hakisan tanah selain retakan pada bahagian cerucuk yang menyokong binaan pangsapuri.

Keadaan itu turut menyebabkan puluhan keluarga berpindah berikutan bimbang mendapan tanah berterusan setiap kali berlaku gegaran termasuk ketika dilalui kenderaan berat.

 


Pengarang :