Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan tawaran hak milik tanah kepada penerima di majlis Penyampaian Notis 5A Kampung Melayu Seri Kundang di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada 20 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Tambah baik dasar hak milik tanah, lebih adil untuk rakyat

RAWANG, 20 MAC: Kerajaan Negeri akan menambah baik dasar hak milik tanah diperkenalkan pada 2008 bagi membolehkan pemberiannya lebih saksama kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata dasar baharu itu dijangka akan diumumkan menjelang Belanjawan Selangor 2022 atau sebelum akhir tahun.

“Melaluinya kita mahu pastikan rakyat memperoleh tanah namun ia perlu melalui proses kajian dan langkah sewajarnya. Oleh sebab itu Kerajaan Negeri akan lihat semula dengan menyemak data diperolehi.

“Dengan ini ia dapat mengesan jumlah pemilikan tanah oleh individu, niatnya bukan hendak menghalang mereka tetapi pastikan rakyat memerlukan juga mendapat hak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Justeru beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri mahu lihat aspek tertentu, kelemahan dan sebagainya. Apa yang kita boleh baiki dan harap dengan kaedah ini dapat membantu penduduk,” katanya.


Pengarang :