Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri) menyantuni pengunjung dan peniaga di Pasar Moden Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam sempena program Jelajah Kita Selangor pada 14 Mac 2021. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tarik balik pasaran telur, Selangor teliti arahan Singapura

SHAH ALAM, 14 MAC: Kerajaan Negeri akan meneliti isu berhubung tindakan Singapura mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik pasaran telur yang dihasilkan sebuah syarikat tempatan di Jeram, Kuala Selangor, dekat sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara tersebut perlu disemak terlebih dahulu kerana ia melibatkan isu dagangan antara dua negara.

“Itu (tindakan Singapura tarik balik pasaran telur) kena tengok balik kerana ia melibatkan perdagangan antara dua negara. Saya akan semak balik,” katanya selepas merasmikan Pasar Moden Sri Muda Shah Alam di Seksyen 25, dekat sini, yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Haris Kasim.

Semalam, Singapura telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik telur dari pasaran yang dihasilkan di sebuah syarikat di Jeram, Kuala Selangor sebagai langkah berjaga-jaga.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam laman sesawang mereka menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan Salmonella Enteritidis (SE) pada produk tersebut, yang boleh menyebabkan penyakit disebabkan makanan, jika ia dimakan secara mentah atau separuh masak.

-BERNAMA


Pengarang :