EXCO Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyerahkan beg guna semula (Bagus) kepada penduduk ketika melancarkan program Bagus di Tanjong Karang pada 4 April 2021. Foto Facebook Zawawi Mughni
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

10,000 beg guna semula diagih, galak pulihara alam sekitar

SHAH ALAM, 5 APRIL: Sebanyak 10,000 beg guna semula (Bagus) diedarkan ke seluruh Selangor dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik, kata EXCO pengguna.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata langkah berkenaan merupakan kempen kesedaran mengurangkan penggunaan plastik sekali gus menggalakkan orang ramai menjaga kelestarian alam sekitar.

“Proses agihan bermula di Kuala Selangor hari ini (semalam), diikuti Klang sebelum ke daerah lain.

“Kita akan nilai sambutan kempen ini dan sekiranya mendapat maklum balas positif, jumlah Bagus akan ditambah,” katanya selepas melancarkan program Bagus di Tanjong Karang semalam.

Menurutnya, masyarakat disaran sentiasa membawa Bagus ketika keluar berbelanja supaya matlamat kempen tercapai.

“Beg plastik menjadi punca utama pencemaran alam sekitar terutama di kawasan parit dan sungai kerana menyebabkan masalah pengairan sumbat serta banjir kilat.

“Hidupan laut juga musnah kerana memakan plastik dan menyebabkan kita kekurangan sumber makanan. Jadi, kita kena pastikan matlamat kempen tercapai dan alam sekitar sentiasa dipelihara,” katanya.


Pengarang :