Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

2,733 kes baharu Covid-19, Selangor kekal tertinggi

SHAH ALAM, 27 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan 2,733 kes baharu Covid-19 turun sedikit berbanding 2,776 semalam menjadikan jumlah kumulatif 398,451 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484), Sarawak (432), Kuala Lumpur (377), Johor (220) dan Pulau Pinang (115).

Sementara Terengganu (61), Kedah (51), Negeri Sembilan (39), Perak (38), Pahang (35), Melaka (33), Putrajaya (15), Perlis (1) manakala Labuan tiada kes.


Pengarang :