Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Batu di Pusat Komuniti Pertubuhan IKRAM, Batu Caves pada 10 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ahli KEADILAN perlu bersatu, elak sengketa sesama sendiri

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Ahli KEADILAN diminta bersatu padu serta tidak mencampurkan isu peribadi dalam membawa perjuangan parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor berkata pergaduhan sesama sendiri hanya melemahkan kepimpinan yang akhirnya memberi kesan negatif.

“Masalah besar sekiranya kita tidak boleh bezakan antara prinsip dengan hubungan peribadi.

“Kita kena belajar sejarah 2018…lupakan persengketaan Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan kita berjaya. Kita kena himpun kekuatan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Batu hari ini disertai Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran serta Ketua Cabang, Tian Chua.

Dato’ Menteri Besar berkata ketika ini semua ahli perlu jelas dengan prinsip parti selain menggambleng kekuatan sedia ada.

“Kita kena fokus pada PRU (pilihan raya umum). Kalau bubar (Dewan Undangan Negeri dibubarkan) kita dalam keadaan sedia,” katanya.


Pengarang :