Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri mengagihkan sumbangan ‘Box of Hope’ kepada 100 keluarga dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia pada 27 April 2021. Foto Air Selangor
AGENDANASIONAL

Air Selangor hulur bantuan makanan asas kepada 500 keluarga B40

SHAH ALAM, 27 APRIL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghulurkan bantuan makanan asas kepada 500 keluarga berpendapatan rendah (B40) sejak Jun tahun lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Elina Baseri berkata menerusi program ‘Box of Hope’ dengan kerjasama Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia, pihaknya menyumbang tepung, beras, makanan dalam tin, susu dan minyak.

“Inisiatif ini bermatlamat meringankan beban golongan tersebut yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19. Kita harap ia dapat membantu kelangsungan hidup terutama untuk mendapatkan sumber makanan harian,” katanya dalam kenyataan.

Elina menyeru orang ramai yang ingin menyumbang meletakkan barangan di lima lokasi ‘Box of Hope’ di Village Grocer, Tamarind Square Cyberjaya; MyTown Cheras; 1 Mont Kiara; I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall.

Selain itu, katanya, sumbangan melalui akaun bank juga boleh dibuat menerusi CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan menyertakan catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’.

“Menerusi platform ini, orang ramai boleh terus membuat sumbangan tanpa perlu ke cawangan Village Grocer atau mana-mana pejabat wilayah Air Selangor,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Box of Hope’ dan program Sesama Mara yang lain, boleh layari laman sesawang http://www.airselangor.com.

Hari ini, agensi itu turut mengagihkan sumbangan kepada 100 keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia.


Pengarang :