Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan kepada penduduk pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan, Kajang pada 27 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Dua daerah di Selangor catat kes lebih 100

SHAH ALAM, 26 APRIL: Dua daerah di Selangor mencatat kes Covid-19 lebih 100 semalam, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Jabatan itu memaklumkan Petaling kekal merekodkan angka tertinggi dengan 309 kes manakala 169 kes di Hulu Langat, majoriti berpunca saringan kontak rapat.

“Klang mengumpul 81 kes iaitu 72 kes di mukim Klang dan Kapar (sembilan) sementara Gombak dengan 62 kes meliputi 29 kes di mukim Batu, Hulu Kelang (16), Rawang (11), Setapak (empat) serta Kuang (dua).

“Sebanyak 51 kes dilaporkan di Sepang dengan hampir keseluruhannya di mukim Dengkil dan Sepang (satu) manakala 43 kes di Kuala Langat iaitu 26 di mukim Telok Panglima Garang, Tanjung 12 (1) (14) serta masing-masing satu kes di Bandar, Jenjarom dan Jugra,” kata jabatan itu di Facebook.

Menurut JKNS, Hulu Selangor merekodkan 15 kes, Kuala Selangor (11) dan Sabak bernam (10).

Selangor mencatat 751 kes baharu Covid-19 hari ini dan 523 lagi kes sembuh.

Setakat ini, seramai 124,507 pesakit negeri itu pulih berbanding 128,011 kes yang dilaporkan sejak pandemik menular.


Pengarang :