Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 4 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dua kluster baharu di Selangor babit institusi pendidikan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Dua kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor membabitkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Jalan Bukit Naga tercetus di Klang dan Petaling dengan kes indeks dilapor positif pada 19 April hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini membabitkan kakitangan pelajar sebuah sekolah di Jalan Bukit Naga, Shah Alam.

“Sehingga hari ini, sejumlah 127 individu disaring dengan 18 kes dikesan positif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata kluster Jalan Kuala Garing di Gombak membabitkan pelajar sebuah sekolah.

Menurutnya, kes indeks kluster terbabit dilapor positif wabak semalam hasil saringan individu bergejala.

“Sebanyak lima kes positif dikesan daripada 230 yang disaring setakat hari ini,” katanya.

 


Pengarang :