Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Empat daerah rekod kes baharu bawah 10

SHAH ALAM, 6 APRIL: Empat daerah di Selangor semalam mencatat kes harian Covid-19 di bawah 10, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi berkata daerah terbabit ialah Kuala Selangor yang merekod empat kes, Kuala Langat dan Sabak Bernam (masing-masing dua) serta Hulu Selangor (satu).

“Manakala Hulu Langat mencatat kes tertinggi iaitu 108 kes membabitkan Ampang (37), Kajang (34), Cheras (20), Penjara dan Semenyih masing-masing tujuh, Hulu Langat (dua) dan Beranang (satu).

“Petaling pula dengan 102 kes iaitu di mukim Damansara (45), Petaling (28), Sungai Buloh (18) dan Bukit Raja (11), majoriti daripada saringan pekerja,” menurut jabatan itu.

Data JKNS turut melaporkan sebanyak 52 kes di Klang, Gombak (30), Sepang (26).

Selangor merekodkan 327 kes Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 117,792 sejak pandemik menular.


Pengarang :