Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes Selangor menurun, satu lagi kluster jangkitan pekerja kilang

SHAH ALAM, 12 APRIL: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor menurun berbanding semalam selepas 303 kes tempatan direkodkan hari ini berbanding 535 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbesar sebanyak 175 kes dikesan dari saringan kontak rapat.

“Selain itu 69 jangkitan dari kluster sedia ada serta kluster baharu, kluster Industri Balakong Lapan manakala 59 kes dari lain-lain saringan.

“Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 120,358 kes di negeri ini sejak penularan berlaku tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya satu lagi kluster tempat kerja disahkan di Selangor membabitkan pekerja kilang di Jalan KPB 8, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan.

“Kes positif dilaporkan pada 8 April menerusi saringan bersasar. Seramai 202 individu jalani ujian dengan 56 darinya positif,” katanya.


Pengarang :