Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 terus kekal empat angka, pesakit sembuh 1,270

SHAH ALAM, 4 APRIL: Kes baharu Covid-19 terus kekal empat angka apabila sebanyak 1,349 kes direkodkan hari ini menurun sedikit berbanding 1,638 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 350,959.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,270 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih daripada wabak itu 365,112.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,509 kes

Beliau berkata Sarawak mencatatkan negeri tertinggi kes Covid-19 apabila 419 kes baharu dilaporkan diikuti Selangor merekodkan 343 kes.

“Sehingga kini, terdapat 186 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 94 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat pertambahan dua kematian disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,288.


Pengarang :