Selangorkini
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (dua, kiri) dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (kanan) melihat produk makanan berasaskan tumbuhan selepas merasmikan Pusat Pengeluaran Makanan Berasaskan Tumbuhan Nestle di Nestle (Malaysia) Berhad, pada 7 April 2021. Turut berangkat DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (dua, kanan) dan hadir sama Dato’ Menteri Besar , Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri). Foto: BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB: Nestle labur RM150 juta di Selangor bukti keyakinan pelabur

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan Negeri menyambut baik usaha Nestle Malaysia (Nestle) mewujudkan Pusat Pengeluaran Makanan Berasaskan Tumbuhan Nestle membabitkan pelaburan hampir RM150 juta.

Dato’ Menteri Besar berkata Selangor bertuah dapat menjadi tuan rumah kepada kemudahan berteknologi tinggi yang bakal menghasilkan makanan berasaskan tumbuhan berkualiti untuk pasaran tempatan dan import.

“Pusat ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan menjadi cerminan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan pentadbiran Kerajaan Negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan menerusi Facebook.

Semalam, beliau mengiringi Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ke pusat berkenaan di sini.

Amirudin berkata pusat pengeluaran berteknologi tinggi (state of the art) bukan sahaja baik kepada semua malah dibangunkan secara lestari untuk alam kerana hampir setiap elemen pembungkusannya boleh dikitar semula.

“Tahniah Nestle atas komitmen baik terhadap alam sekitar malahan melengkapi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang menjadi panduan global saat ini,” katanya.


Pengarang :