Mohd Rashidi Ruslan menyerahkan sumbangan kepada kakitangan dalam Majlis Berbuka Puasa (Iftar Ramadan) MBSA 2021 dan Penyerahan Sumbangan Kepada Kakitangan di Shah Alam pada 20 April 2021. Foto Facebook MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA santuni lebih 100 pekerja kurang mampu, bantu ringan beban

SHAH ALAM, 21 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyantuni 105 kakitangan yang kurang berkemampuan dengan menyerahkan bantuan berjumlah RM450 seorang.

Pemangku Datuk Bandar berkata bantuan wang tunai serta barangan terbabit sebagai meringankan beban penerima sepanjang Ramadan ini.

“Mereka terdiri dari ibu atau bapa tunggal, memiliki anak kurang upaya (OKU) atau menghidap penyakit kronik.

“Sumbangan melalui Tabung Majikan Prihatin serta Kelab Rekreasi MBSA init turut diserahkan kepada kakitangan mempunyai pasangan tidak mampu bekerja serta mereka yang baharu memeluk Islam,” kata Mohd Rashidi Ruslan.

Beliau ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa (Iftar Ramadan) MBSA 2021 dan Penyerahan Sumbangan Kepada Kakitangan semalam.

Sementara itu, Mohd Rashidi berkata majlis terbabit menjadi platform untuk pihaknya menjaga kebajikan warga kerja.

“Ini sebagai tanda keprihatinan kepada pekerja memerlukan serta dapat mengeratkan hubungan antara majikan dengan mereka,” katanya.


Pengarang :