Datin Seri Masdiana Muhamad turut sama mengacau bubur lambuk bersama penduduk dalam aktiviti pembuatan bubur itu diadakan bersama komuniti DUN Sungai Tua di Kampung Nakhoda, Batu Caves pada 25 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis belanja lebih RM30,000 agih bubur lambuk

GOMBAK, 26 APRIL: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk kira-kira RM32,900 edaran bubur lambuk.

Yang dipertuanya berkata daripada jumlah itu sebanyak RM700 diperuntuk bagi setiap 47 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad menyiapkan pek bubur lambuk yang akan diagihkan kepada masyarakat setempat dalam aktiviti penyediaan bubur itu diadakan bersama komuniti DUN Sungai Tua di Kampung Nakhoda, Batu Caves pada 25 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Kita menyasarkan lebih 400 pek bubur lambuk akan diedar kepada penduduk sekitar DUN berkenaan sepanjang Ramadan ini.

“Menariknya, ahli Pekawanis sendiri yang akan turun padang memasak dan membungkus serta mengedar bubur lambuk,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program agihan bubur lambuk di DUN Sungai Tua di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Nakhoda di sini semalam.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :