Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika majlis perasmian bilik gerakan utama Jentera Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor di Seksyen 13, Shah Alam pada 7 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Rakaman audio, Anwar arah pegawai lapor polis

SHAH ALAM, 8 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pegawainya membuat laporan polis berhubung penyebaran rakaman audio antara beliau dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden KEADILAN berharap polis mengenal pasti dalang yang terkait menyebarkan fitnah untuk mewujudkan tanggapan negatif dalam kalangan pemimpin serta ahli parti.

“Perbuatan ini menunjukkan ada pihak semakin terdesak kerana mereka cuba beli wakil rakyat kita tetapi gagal, jadi caranya adalah cemarkan imej saya.

“Namun rakan KEADILAN seperti Amanah dan DAP tidak mudah terpengaruh dengan taktik jijik ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan Utama Jentera Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor di Seksyen 13 malam tadi.

Audio berdurasi 4 minit 17 saat didakwa suara Anwar memuji ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung parti baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak mudah gentar dengan cubaan Perikatan Nasional (PN) yang menyalah guna kuasa untuk menekan pemimpin pembangkang.

“PN menggunakan pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai senjata menarik sokongan,” katanya.


Pengarang :