Selangorkini
BUDAYA RENCANA

Di hentian

cuaca hujan selalu di dalam tidurku
mimpi-mimpi digenangi lumpur
suasana kelam
dan aku sedang menunggu tren tiba

seorang pemuda mengumpul bunga-bunga
melata melitupi landasan
kerana tak ada apa pernah tiba
di hentian ini
untuk suatu waktu yang purba

dan tahun-tahun berlalu deras
aku duduk di depan kaca jendela
rambut dan janggut telah melebat
seakan aku begitu tua. renta

dan pabila tidur merasuki sekali lagi
dia pun datang perlahan.
perlahan.
dia membawa pisau di genggaman.
dia mendekati
diam-diam
lalu menusukku di mata kanan

 

Karim Mohd

 


Pengarang :