Petugas kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti bersasar secara percuma di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor turun lebih 400 kes

SHAH ALAM, 6 MEI: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor menurun lebih 400 kes dengan 1,137 hari ini berbanding 1,548 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah itu merupakan sebahagian 3,551 kes dicatatkan di seluruh negara.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi dan daripada jumlah ini, 842 kes adalah menerusi kluster sedia ada serta saringan kontak rapat kes positif yang aktif dijalankan di lapangan.

“Terdapat 19 kematian pada hari ini di mana tiga dicatat di Selangor membabitkan tiga lelaki masing-masing berusia 57, 63 dan 79 tahun,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Beliau berkata terdapat empat kluster baharu di negeri itu membabitkan kluster tempat kerja dan pendidikan.

“Kluster pertama adalah Kluster Jalan Batu Arang melibatkan daerah Gombak, di mana 15 kes dikesan positif. Manakala kluster kedua pula melibatkan Kuala Selangor melibatkan 10 jangkitan.

“Bagi kluster ketiga pula berlaku di Hulu Langat dan Sepang dengan 10 kes manakala yang terakhir 58 di Petaling,” katanya.


Pengarang :