Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Kuang, Gombak pada 21 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 182 individu disyaki positif Covid-19 di Kuang, Seri Kembangan

SHAH ALAM, 22 MEI: Seramai 182 individu berkemungkinan positif Covid-19 menerusi Saringan Komuniti yang dijalankan di dua lokasi semalam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan jumlah itu merangkumi 94 kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang dan 88 kes lagi di DUN Seri Kembangan.

“Di DUN Kuang, seramai 1,955 individu menyertai saringan percuma manakala di DUN Seri Kembangan, seramai 2,518 individu turut serta menerima manfaat ujian percuma ini.

“Semakin ramai sedar usaha ini adalah untuk putuskan rantaian wabak,” katanya menerusi Facebook.

Amirudin berkata menerusi saringan itu, sebanyak 95.2 peratus atau 1,861 orang di DUN Kuang negatif, manakala 96.5 peratus atau 2,430 orang di DUN Seri Kembangan juga negatif.

Semalam, Amirudin memaklumkan 1,171 kes positif dikesan menerusi hasil saringan di 14 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Hulu Langat dan Gombak sejak 8 Mei lalu.


Pengarang :