Sebahagian artis yang menjayakan program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor. Foto Gaya Travel Magazine
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Senandung Aidilfitri #KitaSelangor malam ini ganti Rumah Terbuka Selangor

SHAH ALAM, 14 MEI: Senandung Aidilfitri #KitaSelangor yang ditayangkan malam ini merupakan program gantian Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor.

Dato’ Menteri Besar berkata ekoran penularan wabak Covid-19, rumah terbuka yang dianjurkan setiap tahun terpaksa dibatalkan.

“Kita gantikan dengan rakaman Senandung Aidilfitri #KitaSelangor, yang kandungannya memaparkan keunikkan, kebudayaan dan kehidupan rakyat negeri ini.

“Program turut menampilkan artis popular diselitkan dengan dengan lagu selain sketsa menunjukkan pentadbiran serta program di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi video di Facebook.

Justeru, beliau mempelawa orang ramai menonton rancangan berkenaan menerusi laman web selangortv.my atau www.facebook.com/MediaSelangor jam 9 malam ini.

“Meraikan Syawal dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bukan bermakna kita tidak boleh bergembira. Kita raikan dalam norma baharu melawan pandemik,” katanya.

Program selama 75 minit itu menampilkan Aisyah, Najwa Latif, Siti Nordiana, Bunkface, Roy, Azmi Caliph Busker dan Ahmad Yassin yang memiliki suara mirip Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Selebriti Salleh Yaacob, Raja Azura dan Ropie Cecupak bergandingan sebagai pengacara dalam program yang dipancar melalui saluran selangortv.my dan Youtube carian SelangorTV.

Che Puan Juliana Evans turut tampil melakonkan sketsa nasib golongan berpendapatan rendah yang menerima (IPR).

Rakaman program dijalankan antara 3 hingga 10 April di beberapa lokasi di Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.


Pengarang :