Sumber Grafik: Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Tengku Permaisuri Selangor hargai ucapan takziah rakyat

SHAH ALAM, 1 MEI: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berterima kasih atas ingatan rakyat yang mengucapkan takziah susulan kepulangan ayahanda baginda, Abdul Rahman Baba, ke rahmatullah pada 20 April lepas.

“Saya dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh ahli keluarga amat berbesar hati dan berterima kasih atas ucapan takziah yang kami terima daripada pelbagai pihak serta rakyat jelata.

“Meskipun masih bersedih atas pemergian ayahanda saya yang amat dikasihi, Allahyarham Abdul Rahman Baba, namun keprihatinan dan setiap doa yang disampaikan untuk Allahyarham, amatlah kami hargai.

“Terima kasih sekali lagi dan kami doakan agar sekalian rakyat terus dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah Subhanahuwataala,” kongsi baginda menerusi Instagram dan Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Abdul Rahman, 89, meninggal dunia kerana sakit tua pada 3.40 pagi di kediamannya di Seksyen 13 dan jenazahnya disemadikan di Makam Diraja Shah Alam di sini.

– BERNAMA


Pengarang :