Yang Dipertua MDKS Rahilah Rahmat menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penerima di kawasan perumahan strata di Puncak Alam pada 14 Jun 2021. Foto Facebook MDKS
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

200 pek makanan untuk komuniti strata hadapi waktu sukar

SHAH ALAM, 15 JUN: Sebanyak 200 bakul makanan diagihkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kepada komuniti strata yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Yang dipertuanya berkata bantuan seperti beras, minyak masak, biskut, mi segera dan gula sebagai inisiatif meringankan beban keluarga kurang berkemampuan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Mereka terdiri daripada 14 lokaliti perumahan strata di sekitar Kuala Selangor, Puncak Alam dan Saujana Utama.

“MDKS berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka semasa menghadapi waktu sukar ini,” kata Rahilah Rahmat menerusi kenyataan.

Semalam, beliau turun padang menyampaikan sendiri bantuan terbabit kepada penerima.


Pengarang :