Imbasan berwarna mikrograf elektron sel apoptosis (coklat kehijauan) yang dijangkiti Covid-19 (merah jambu) yang diasingkan dari sampel ujian pesakit di Maryland, Amerika Syarikat. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Istilah Greek nama baharu varian, elak stigma negara

SHAH ALAM, 2 JUN: Varian Covid-19 akan dikenali dengan sebutan abjad Greek bagi mengelak mana-mana negara dikaitkan stigma pandemik itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sistem baharu itu diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merangkumi lima varian membimbangkan (VOC) di negara ini.

“Varian dari United Kingdom menjadi Alpha, Afrika Selatan digelar Beta, India dilabel Delta, Filipina dikenali Theta dan Nigeria sebagai Eta,” menurut perkongsian kementerian menerusi Twitter.

Sementara itu, WHO memaklumkan nama asal yang mengandungi huruf, nombor dan noktah akan terus digunakan dalam kalangan ahli saintifik untuk maklumat mutasi.

“Walaupun ada kelebihan, nama saintifik itu sukar untuk disebut dan diingati selain cenderung kepada laporan yang salah.

“WHO mengesyorkan pihak berkuasa nasional, media dan lain-lain menggunakan label baharu itu bagi mengelakkannya (laporan yang salah) serta memudahkan komunikasi awam,” kata ketua teknikalnya Maria Van Kerkhove seperti dilapor The Guardian.

Senarai nama lengkap sudah diterbitkan dalam laman sesawang WHO https://www.who.int/


Pengarang :