Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor pada 5 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah harian naik lagi, Selangor kembali catat lebih 2,000 kes

SHAH ALAM, 9 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 kembali naik kepada 6,239 kes hari ini berbanding 5,566 kes semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Menerusi data di Facebook, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes di Selangor pula kembali meningkat lebih 2,000 iaitu 2,291 berbanding 1,524 kes semalam.

Pecahan kes negeri/wilayah lain:

Kuala Lumpur – 704
Negeri Sembilan – 507
Johor – 468
Sarawak – 419
Kelantan – 340
Pahang – 232
Sabah – 232
Labuan – 200
Pulau Pinang – 194
Perak – 175
Terengganu – 171
Melaka – 150
Kedah – 135
Putrajaya – 17
Perlis – 4


Pengarang :