Orang ramai membuat pendaftaran sebelum melakukan ujian calitan ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kembali lebih 6,000, Selangor catat 2,095

SHAH ALAM, 18 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 hari ini kembali meningkat lebih 6,000 kes dengan 6,440 berbanding 5,738 semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian itu menerusi Facebook memaklumkan angka itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 685,204 kes.

Manakala Selangor kekal negeri merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,095 diikuti Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816), Johor (592), Perak (357) dan Melaka (223).

Selain itu, Kelantan mencatatkan 200 kes, Sabah (199), Kedah (159), Labuan (152), Pulau Pinang (122), Pahang (79), Terengganu (32), Putrajaya (enam) dan Perlis (dua).


Pengarang :