Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Azahar Ibrahim menyerahkan paket buah-buahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Ashaaree di Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 16 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selamatkan petani, jabatan edar 30 tan buah kepada barisan hadapan

SHAH ALAM, 16 JUN: Jabatan Pertanian Selangor mengambil langkah menyelamatkan petani daripada hasil tidak terjual sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya Azahar Ibrahim berkata sebanyak 100 tan lambakan buah-buahan dibeli daripada petani sekitar Klang, Sabak Bernam dan Kuala Langat.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 30 tan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan termasuk organisasi media.

“Insya-Allah kita akan membantu lebih ramai petani terjejas pada masa akan datang. Kita harap inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya menambah sejumlah RM100,000 dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

Siang tadi, lebih 300kg pisang berangan dan tembikai wangi diagihkan kepada kakitangan Media Selangor melalui Ketua Pegawai Eksekutif Mohamed Fareed Ashaaree di Menara Bank Rakyat di sini.

Media Selangor antara petugas hadapan yang menerima sumbangan itu selain kakitangan hospital, balai polis, pusat vaksin dan penjara di seluruh negeri.

 


Pengarang :