Orang ramai menunggu giliran untuk disuntik ketika program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Seri Setia di Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya pada 30 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 1.17 juta penduduk Selangor lengkap dua dos suntikan vaksin

SHAH ALAM 31 JULAI: Seramai 1.17 juta atau 24.7 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah 4.28 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook beliau, seramai 3.11 juta atau 65.5 peratus sudah menerima dos pertama pelalian.

Manakala menerusi infografik sama sejumlah 176,837 dos disuntik menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Kelmarin jumlah rakyat Selangor menerima vaksin mencecah lebih sejuta apabila seramai 1.04 juta atau 22 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :