Peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti mendengar penerangan daripada sukarelawan selepas menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Siantan, Gombak pada 21 Julai 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 763,000 penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seramai 763,000 individu di Selangor telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat hari ini.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan, secara keseluruhan sebanyak 3.08 juta dos diberi kepada penduduk menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook Dato’ Seri Amirudin Shari, seramai 2.31 juta orang menerima dos pertama di bawah program PICK.

Mengikut maklumat infografik yang dilampirkan juga, sebanyak 93,993 dos vaksin diberi kepada penduduk menerusi Program Vaksin Selangor (Selvax).

Pada 16 Julai, Amirudin memaklumkan semua warga Selangor yang telah mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

 

 


Pengarang :