ADN Sabak, Ahmad Mustain Othman mewakili MBI menyerahkan bantuan makanan kepada Ketua Polis Sabak Bernam, Agus Salim dan agensi kerajaan ketika Penyerahan Bantuan Makanan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam serta CSR MBI di Taman Pertama, Sabak Bernam pada 30 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI belanja RM500,000 agih bakul makanan, baucar barangan runcit

SHAH ALAM, 9 JULAI: Sejumlah RM500,000 dibelanjakan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi membantu keluarga terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) berkata daripada jumlah itu, RM350,000 untuk edaran bakul makanan manakala selebihnya bagi baucar barangan runcit bernilai RM50 yang memanfaatkan 10,000 keluarga.

“Banyak permohonan diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mahu melaksanakan program pemberian bakul makanan di kawasan masing-masing dengan hampir kesemuanya diluluskan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas Penyerahan Bantuan Kerusi Roda Istimewa kepada Nur Imaylia Zara Abdul Khaliq yang disahkan mengalami masalah metachromatic leukodystrophy (penyakit saraf) di Seksyen 13, Shah Alam pada 14 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Selain itu, kita bekerjasama dengan 60 ahli majlis di setiap pihak berkuasa tempatan iaitu memberikan 50 keping baucar KK Mart untuk diagih kepada penduduk,” kata Ahmad Azri Zainal Nor dalam temu bual secara maya hari ini.

Susulan sambutan menggalakkan, Ahmad Azri turut bercadang meneruskan sumbangan fasa kedua kepada golongan terjejas Covid-19 melalui pemberian baucar dengan kerjasama pasar raya Speed Mart.

Beliau juga mempelawa mana-mana NGO atau persatuan penduduk yang berhasrat menjalankan aktiviti kebajikan di kawasan masing-masing untuk mengemukakan permohonan sumbangan di [email protected].

 


Pengarang :