Suasana pusat penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas, Klang pada 19 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pesakit tiada gejala, bergejala ringan tidak perlu ke pusat penilaian

SHAH ALAM, 26 JULAI: Pesakit Covid-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak bergejala atau bergejala ringan tidak perlu hadir ke pusat penilaian Covid-19 (CAC).

Maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter, mereka perlu mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Berikut langkah yang perlu dilakukan pesakit tidak bergejala dan bergejala ringan:

– Maklumkan keputusan ujian saringan di aplikasi MySejahtera
– Perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah secara digital akan diberikan
– Melengkapkan kit penilaian di rumah menerusi MySejahtera
– Keadaan pesakit akan dipantau CAC secara maya dan pesakit akan dihubungi jika perlu.
– Pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut kesihatan akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi pusat panggilan CAC.
– Pesakit yang perlu bantuan boleh hubungi pusat panggilan CAC menerusi talian 03-7723 9299 (8 pagi – 9 malam) atau CPRC Hotline 03-7723 9300 (8 pagi – 12 tengah malam)
– Pesakit perlu segera ke hospital jika gejala menjadi semakin teruk.

Selangor mengambil inisiatif membekalkan kit kesihatan kepada pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM1.25 juta diperuntukkan bagi membekal kit berkenaan kepada individu dikesan positif melalui saringan percuma anjuran Kerajaan Negeri.

Kit itu mengandungi pelitup muka, jangka suhu, ubat, kit ujian air liur dan alat pengukur tingkat oksigen.


Pengarang :