Wakil rakyat DUN Kinrara Ng Sze Han menyerahkan 100 bakul makanan kepada SMK Puchong Perdana dan SK Puchong Perdana pada 28 Julai 2021. Foto Facebook Ng Sze Han
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Kinrara agih lebih 5,000 pek makanan, ringan beban penduduk

SHAH ALAM, 17 OGOS: Lebih 5,000 bakul makanan diagih kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara sejak penularan pandemik Covid-19 melanda negara.

Wakil rakyat Ng Sze Han berkata pihaknya turut menyumbang 10 tan sayuran dan lima tan ikan segar di beberapa kawasan perumahan sebagai inisiatif meringankan beban mereka.

“Setiap Jumaat dan Ahad, sebanyak 500 bungkusan makanan turut diberi kepada penduduk menerusi projek Dapur Kinrara.

“Kami akan terus menyumbang terutama kepada mereka yang terjejas,” katanya di Facebook.

Dapur Kinrara diwujudkan hujung tahun lalu sebagai dapur berpusat yang akan mengagihkan makanan tengah hari secara percuma kepada golongan memerlukan.

Projek berkenaan berjalan di dua lokasi dan mendapat sambutan menggalakkan.


Pengarang :