Petugas kesihatan menjalankan ujian calitan kepada orang ramai dalam Saringan Komuniti Covid-19 Fasa 3 Percuma DUN Kajang di Dewan Seri Cempaka, Kajang pada 26 Jun 2021. Foto ASRI SAPFIE/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian catat 17,150 kes, Selangor masih paras 6,000

SHAH ALAM, 1 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 sedikit menurun dengan 17,150 kes dicatatkan hari ini berbanding rekod tertinggi 17,786 semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, jumlah kes di Selangor juga menunjukkan penurunan sedikit kepada 6,326 kes berbanding 6,400 semalam.

Angka yang dipapar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Kuala Lumpur melepasi paras 2,000 dengan mencatat 2,086 kes berbanding 1,962 kes semalam.

Turut merekodkan jumlah besar Kedah, Johor dan Sabah masing-masing 1,511, 1,045, dan 1,002 kes.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan – 809

Pulau Pinang – 752

Perak – 693

Melaka – 686

Pahang – 676

Sarawak – 578

Kelantan – 459

Terengganu – 429

WP Putrajaya – 72

Perlis – 21

WP Labuan – 5


Pengarang :