Sebuah loji yang diarah tutup dua minggu kerana menyebabkan pencemaran udara dalam serbuan Jabatan Alam Sekitar Selangor di Semenyih pada 27 Ogos 2021. Gambar Jabatan Alam Sekitar Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kilang cemar udara di Semenyih diarah tutup dua minggu

SHAH ALAM, 28 OGOS: Sebuah loji memproses bitumen diarah menutup sementara operasinya kerana menyebabkan pencemaran udara di Bandar Sunway Semenyih beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Nor Aziah Jaafar berkata loji itu dikesan melepaskan bau bitumen atau tar jalan dan tidak memasang alat kawalan sistem nyahbau sehingga mengakibatkan pencemaran.

Jelasnya, susulan itu satu notis penutupan operasi dikeluarkan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Loji terbabit diarah tutup dua minggu bagi pemiliknya melaksanakan tindakan pembaikan segera,” katanya di sini, hari ini.

Katanya dalam serbuan bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu, lesen operasi sebuah lagi loji turut didapati telah tamat tempoh dan tindakan susulan sudah diambil pihak berkuasa tempatan terbabit.


Pengarang :