Prof Madya Dr Abdul Rahman Chik, 67, bercakap kepada SelangorKini ketika program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya pada 5 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Empat bulan tunggu janji temu, bapa lega anak OKU dapat vaksin

PETALING JAYA, 6 SEPT: Seorang bapa lega apabila penantian selama empat bulan untuk anaknya dari kategori orang kelainan upaya (OKU) sindrom down mendapat vaksin Covid-19 berakhir selepas menerima suntikan semalam.

Menurut Prof Madya Dr Abdul Rahman Chik, 67, anak perempuanya Raihanah, 36 menerima suntikan pelalian menerusi program vaksin bergerak di Kampung Sungai Kayu Ara anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dan Pusat Kesihatan Daerah Petaling

Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penerima ketika program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya pada 5 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya sudah memohon vaksin untuk Raihanah sejak Jun lalu namun hampa kerana tidak mendapat tarikh janji temu. Selepas mendapat tahu ada program ini, saya datang dan Raihanah terus dibenarkan mendapat vaksin, syukur kerana akhirnya usaha serta penantian kami berakhir.

“Vaksin ini sebagai perlindungan lebih-lebih keadaan Raihanah memerlukan kami membawanya ke mana sahaja, kalau tidak lengkap vaksin tidak dibenarkan atas faktor keselamatan,” katanya ditemui di sini, semalam.

Ida Salimai, 52

Seorang warga Indonesia, Ida Salimai, 52, berterima kasih kepada PKM DUN Bandar Utama yang menyediakan inisiatif berkenaan yang memudahkan golongan kurang berkemampuan.

“Saya perlu lengkap vaksin supaya boleh kembali bekerja sebagai pembantu rumah, sudah beberapa bulan tidak kerja…ada juga saya ke pusat vaksin tetapi gagal disuntik.

“Semoga bila saya lengkap vaksin nanti boleh bekerja dan cari rezeki seperti biasa,” katanya berasal dari Bali.


Pengarang :