Petugas Kesihatan Selcare memasukkan data sampel untuk dianalisis ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian menurun sedikit, Selangor kekal paras 3,000 kes

SHAH ALAM, 4 SEPT: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara menurun beberapa ratus kes kepada 19,057 berbanding 19,378 kes semalam.

Angka yang dikongsi ketua pengarah kesihatan menunjukkan jangkitan di Selangor berada pada paras lebih kurang semalam apabila mencatat 3,775 kes.

Selain Sarawak yang merekodkan angka 2,723 kes, data Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan dua negeri lain berada pada paras sama iaitu Sabah (2,279) dan Johor (2,077).

Empat negeri lain yang mencatatkan jumlah kes paras 1,000: Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450),
Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).

Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Terengganu – 605

Pahang – 410

Melaka – 338

Negeri Sembilan – 242

Perlis – 99

WP Putrajaya – 18

WP Labuan – 9


Pengarang :